Thursday 9 June 2011


Lagend of united





ENGLAND, (AFP) - Pemain Manchester United berkelahiran Bulgaria,
Dimitar Berbatov 
berjanji akan kekal dan berjuang untuk kembali dalam kesebelasan
 utama selepas dia
 diabaikan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang
 Barcelona.
Bahkan Berbatov yang juga tidak diletakkan di bangku simpanan
 pada perlawanan itu, menimbulkan tanya mengenai hubungannya
 dengan pengurus United, 
Sir Alex Ferguson dan masa depannya di Old Trafford.
"Saya pemain Manchester United dan saya gembira untuk
 memenuhi kontrak saya," 
kata Berbatov dalam wawancara yang diterbitkan salah sebuah
 akhbar Bulgaria.
"Setiap orang mempunyai kesulitan tersendiri tetapi saya
 selalu berjuang dan akan
 terus berjuang untuk mendapat tempat utama dalam skuad. 
Saya tidak pernah 
menyerah kalah dalam hidup," tambahnya.
Bekas kapten pasukan kebangsaan Bulgaria yang memiliki satu 
tahun lagi
 kontraknya di Old Trafford, turut menafikan laporan mengatakan 
dia berada
 jauh dari stadium sebelum sepak mula yang berlangsung di
 Wembley Sabtu lalu.
"Sebenarnya saya berada di bilik persalinan, menonton perlawanan
 itu di kaca
 televisyen. Saya juga berasa sangat kecewa dan malu kerana 
disisihkan daripada 
skuad. Saya tidak boleh menyembunyikan emosi dan saya tidak 
mahu orang
 melihat kesedihan saya, "kata Berbatov, 30.
Pun begitu, Berbatov berkata dia tidak menyalahkan Ferguson
 dengan 
keputusan tersebut.
"Saya memang sangat kecewa tetapi ini adalah keputusan
 pengurus," Katanya.

No comments:

Post a Comment